Panduan Pengguna Dapur Moden
Panduan untuk para pengguna dan bakal pembeli di Dapur Moden.
Ingin Berurusan di Dapur Moden?
DapurModen.com.my menyediakan portal online untuk anda sebagai pengguna dan pembeli untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga seluruh Malaysia dan dunia.
Sila ikuti panduan mudah berikut untuk anda berurusan di Dapur Moden:
- Daftarkan diri anda sebagai ahli Dapur Moden.
- Layari Laman Jualan dan Laman Perkhidmatan untuk membeli produk dan mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga.
- Layari Laman Peluang Perniagaan untuk melihat pelbagai peluang perniagaan dan menjana wang tambahan.
Tips Pengguna: Anda boleh menghubungi pengiklan dan peniaga menggunakan sistem komen (comment) pada setiap iklan, atau boleh juga mengirim pesanan melalui sistem mesej Dapur Moden (inbox).
|
Tips Pengguna dan Pembeli Bijak
Kami sangat prihatin dengan setiap pengguna yang berurusan di Dapur Moden. Anda dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati apabila berurusan dengan sesiapa sahaja di laman web ini.
Sila baca dan fahami tips dan panduan dibawah sebagai pengguna dan pembeli yang bijak:
- Pastikan anda telah berhubung dan menelefon penjual (jika boleh) sebelum membuat sebarang bayaran kepadanya.
- Cuba elakkan daripada membuat pembelian dengan jumlah yang besar bagi urusan dengan penjual yang baru anda kenali.
- Jangan sesekali memberi maklumat bank anda (serta katalaluan) atau maklumat kad kredit kepada para penjual. Gunakan sistem pembayaran online yang dikenali seperti PayPal, 2CheckOut, dan sebagainya.
- Gunakan perkhidmatan Pos Berdaftar atau PosLaju untuk menjamin keselamatan produk yang diposkan kepada anda, juga sebagai bukti penghantaran dan penerimaan produk.
- Jangan mudah terpedaya dengan produk mahal yang dijual dengan harga yang sangat murah atau peluang perniagaan dan pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dengan modal rendah dan sebagainya. Anda berisiko untuk kehilangan wang tanpa mendapat produk atau pulangan pelaburan yang dijanjikan.
Sila hubungi kami jika anda terjumpa sebarang iklan atau peniaga yang meragukan.
|