| 27 February 2010
Ramai dikalangan masyarakat kita yang tercari-cari cara untuk mendapatkan duit tambahan bagi menampung perbelanjaan harian diri dan keluarga yang semakin meningkat saban tahun. Ada yang berusaha kerja sambilan waktu malam, menjual di pasar-pasar malam, menjual kuih secara sambilan, bergiat dalam MLM dan sebagainya.Tahukah anda bahawa jika anda seorang yang bekerja dan dapat menjimatkan duit anda daripada berbelanja lebih, bermakna anda telah memperolehi pendapatan tambahan?
Ya, dengan hanya menjimatkan duit yang kita perolehi setiap bulan, kita sebenarnya telah memperolehi pendapatan tambahan tanpa perlu bersusah payah bekerja sambilan. Apabila anda dapat berjimat sebanyak RM50 setiap bulan, ini bermakna anda telah memperolehi pendapatan sebanyak RM600 setahun (RM50 x 12 bulan). Bagaimana jika anda dapat berjimat sebanyak RM100 sebulan? Masukkan duit yang dapat anda jimatkan setiap bulan ke dalam Tabung Haji dan lihat hasilnya pada akhir tahun. Itulah pendapatan tambahan anda pada tahun tersebut!
Persoalannya, adakah kita dapat berjimat daripada berbelanja lebih setiap bulan?
Sebenarnya terdapat banyak cara untuk anda berjimat daripada berbelanja lebih setiap bulan:
- Anda boleh kurangkan penggunaan air dan elektrik setiap hari. Jimatkan air semasa membasuh pinggan dan mandi. Juga matikan lampu elektrik yang tidak digunakan.
- Kurangkan belanja makan di restoran dan restoran makanan segera. Anda boleh luangkan sedikit masa setiap hari untuk memasak makanan bagi seluruh keluarga. Jika boleh, bawa bekalan makanan untuk makan tengahari di pejabat atau tempat kerja anda.
- Kurangkan penggunaan petrol dengan mengurangkan kekerapan keluar rumah dengan kereta dan motosikal.
- Jika anda mempunyai laman bertanah, anda boleh menanam pokok sayuran dan tidak perlu membeli sayur di kedai.
- Kurangkan merokok jika anda seorang yang kuat merokok.
Selamat berjimat dan simpan wang!!
| Read Other Articles: | |
Kami memerlukan sumbangan artikel untuk semua ruangan Inspirasi Anda.
Klik Disini untuk keterangan lanjut. Saguhati tunai akan diberi bagi setiap artikel yang tersiar.
Klik Disini untuk keterangan lanjut. Saguhati tunai akan diberi bagi setiap artikel yang tersiar.



