Para pengguna Dapur Moden yang budiman,

Laman web kami menyediakan portal untuk para peniaga dan pembeli bertemu dan berurusniaga.  Selain itu, kami juga ingin membantu para pengguna untuk menguruskan dan menambah sumber kewangan diri dan keluarga.  Oleh itu, kami telah mewujudkan ruangan Wang dan Anda, Panduan Perniagaan serta Kisah Kejayaan untuk menjadi panduan dan inspirasi para pengguna Dapur Moden.

Jika anda mempunyai panduan serta tips menjana atau menjimatkan wang, panduan pengurusan perniagaan dan kewangan, atau kisah kejayaan serta suka-duka perniagaan anda yang boleh dikongsi bersama, sila kirimkan karangan artikel anda kepada kami dalam bentuk fail Microsoft Word untuk dipertimbangkan dan disiarkan di laman web kami.  Sila sertakan juga ilustrasi gambar yang sesuai bersama-sama dengan artikel anda tersebut.

Bagi setiap artikel yang tersiar didalam laman web Dapur Moden ini, kami akan memberi anda saguhati tunai berdasarkan syarat berikut:
  1. Artikel Wang dan Anda dan Panduan Perniagaan (bayaran saguhati sebanyak RM100) - artikel mesti belum pernah disiarkan dimana-mana laman web lain. Panjang artikel mestilah dalam lingkungan 350-1000 patah perkataan (Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris). Sertakan juga ilustrasi gambar yang sesuai.
  2. Artikel Kisah Kejayaan (bayaran saguhati sebanyak RM150) - artikel mesti belum pernah disiarkan dimana-mana laman web lain. Panjang artikel mestilah dalam lingkungan 500-2000 patah perkataan (Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris). Sertakan juga ilustrasi gambar yang sesuai.
Anda juga digalakkan untuk menyertakan ringkasan biodata diri atau syarikat anda serta alamat laman web atau blog anda untuk rujukan para pembaca.

Sila kirimkan artikel anda kepada kami dialamat email:  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Terima kasih atas sumbangan anda.


Nota:  Setiap artikel yang dihantar dan disiarkan di laman Dapur Moden adalah menjadi hak milik DapurModen.com.my.  Artikel tersebut tidak boleh disiarkan semula di mana-mana laman web atau media cetak lain tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak pengurusan DapurModen.com.my.

Read Other Articles:

    Welcome to
    Dapur Moden Website


    Rakan Dapur Moden

    Total Views: